Penyakit malas dan cara mengatasinya.

 

Penyakit malas berkerja.

Penyakit malas sering kali terjadi kepada kita semua, kemungkinan berasal daripada sikap yang merasa cukup dan selesa, penyakit malas sering kali terjadi kepada orang yang mengusahakan pekerjaan sendiri dan bebas dari segala tanggungjawab.

Berkerja hanya apabila ada sesuatu yang perlu di bayar.

Ini adalah sikap yang perlu di tanggani jika mahu berjaya. Berkerja bukan hanya jika ada keperluan untuk di bayar, tetapi bekerjalah hanya untuk mencari keredhaan Allah.

Berkerjalah untuk mencari apa maksud dengan rezeki. Rezeki datangannya dari Allah, maka kita berusaha dan berkerja kerana Allah. Janganlah malas atau janganlah terkena penyakit malas, teruskan ketepikan malas, kerana kita hanya berkerja kerana Allah. Berkerja kerana Allah tidak boleh sesekali malas.

Apakah seronok berkerja kerana Allah.

Berkerja kerana Allah ini, kita bebas dari segala prasangka buruk terhadap orang ramai. Di dalam hati jika kita tetapkan tekad untuk berkerja kerana Allah, segala apa masaalah yang menimpa, kita akan hadapi dengan tenang dan mudah.

Tiada masaalah dengan ketidakcukupan, sesungguhnya Allah akan mencukupkan segala keperluan kita, tetapkan tekad di hati kerana Allah, hidup dengan tenang dan aman sentosa.

Kaya dan miskin bukan ukuran.

Kaya dan miskin tidak menjadi ukuran jika berkerja kerana Allah, kebahagiaan dunia dan akhirat yang menjadi tujuan.

Tidak di nafikan terdapat juga yang kaya dan juga terdapat juga yang miskin, tetapi kecukupan yang menjadi tujuan, seandainya kaya, tetapi di hati tidak pernah sekali pun merasa cukup, untuk apa. Lebih baik hidup di dalam miskin andai miskin boleh merasa cukup setiap masa.

Hidup bukan lama, merasa cukup, gembira, bahagia, tenang, aman, adalah tujuan yang sempurna. Andai kaya menjerumuskan kita ke lembah maksiat dan berlaku zalim, kaya bukanlah sesuatu yang baik untuk kita.

Berkerjalah untuk mecari redha ALLAH, dan mengetepikan penyakit malas.

Berkerjalah hanya kerana ALLAH, dan belajar untuk mengatasi rasa malas yang tidak sepatutnya kita amalkan. 

Sentiasa bersangka baik terdapat segala ketentuan Allah, buangkan segala prasangka buruk terhadap segala apa yang terjadi terdapat kita.

Sesuatu yang baik akan datang dan mengunjungi kita, sambutlah dengan kesyukuran kepada Allah, sesungguhnya Allah maha baik.

Ulasan