Kenapalah tambang delivery murah sangat.

 

E hailing dan p hailing

Apakah masaalah dengan syarikat delivery di Malaysia ini berlawan sesama sendiri untuk mendapatkan pelanggan dengan hanya memurahkan tambang.

Kesan yang terburuk adalah kepada rider yang melaksanakan tugas dengan tambang yang murah.

Apakah pilihan yang ada kepada rider untuk memilih syarikat mana yang menjanjikan pulangan yang terbaik untuk rider sedangkan semua syarikat menawarkan tambang yang murah kepada pelanggan mereka demi meraih keuntungan di dalam kesengsaraan rider yang menjalankan tanggungjawab dengan baik.

Di dalam masaalah ekonomi sekarang, tambang yang terbaik untuk rider adalah RM1 untuk setiap kilomiter. Ini bermaksud, jika pickup 3KM dan lokasi penghantaran 5KM, tambang yang munasabah untuk rider untuk kerja ini di lengkapkan adalah RM8.

Tambang yang ada sekarang di dalam market Malaysia boleh dikatakan tambang yang mengundang kesengsaraan.

Setiap rider yang memerlukan kewangan yang boleh menanpung kehidupan di bandaraya kuala lumpur, rider itu perlu bekerja selama 12JAM setiap hari, malangnya perkerjaan 12 JAM 12 ini bukan boleh membawa kepada keselesaan berbelanja, tetapi hanya sekadar untuk melengkapkan keperluan bulanan sahaja.

Pekerjaan yang makin tahun makin menurun upah atau gajinya adalah dalam sektor penghantaran. Tidak kira hantar makanan, barangan mahupun penumpang.


OTGYR

Post a Comment

Previous Post Next Post